Você está assistindo TV Alhijrah

TV Alhijrah - Televisão Malaysia

TV Alhijrah

TV Alhijrah (Malaysia) Televisão. Assista ao vivo, Encontre informações aqui para esta estação de televisão online.

Last Update date: 3 years ago
Last modified: 3 weeks ago

Rating: TV Alhijrah4/5 (3 votes)
Click here to open and watch this channel

TV Alhijrah Live Streaming menyajikan siaran TV Alhijrah secara langsung melalui internet. Pengguna boleh menggunakan komputer peribadi, komputer riba, tablet mahupun telefon pintar yang mempunyai sambungan ke internet untuk mengakses TV Alhijrah Live Streaming.

Pelbagai rancangan menarik disediakan setiap hari untuk memenuhi citarasa pengguna dari pelbagai lapisan umur dan masyarakat. Di antara rancangan yang disediakan adalah Cinta Ilmu. Program ini bertemakan soal jawab tentang isu semasa serta kemusykilan agama. Program Cinta Ilmu ini dibahagikan kepada Cinta Ilmu Fiqh Syariah, Cinta Ilmu Celik Hadis, Cinta Ilmu Medan Fatwa, Cinta Ilmu Fiqh Wanita dan Cinta Ilmu Akidah & Falsafah.

Rancangan 30 Minit Ustaz Don pula merupakan kuliah interaktif yang dikendalikan oleh Ustaz Don Daniyal. Topik pengisian adalah terdiri dari pembelajaran bacaan Al Quran Al Karim (tajwid dan tadarus) dan bual bicara mengenai pelbagai isu berkaitan agama. Jalan Orang Mukmin pula adalah sebuah rancangan yang berkonsepkan kuliah fardhu ain . Ia bertujuan untuk mengajar dan memberi ilmu dalam keadaan berbeza dengan program-program agama sebelum ini.

Selain itu, program berbentuk bual bicara dapat disaksikan penonton melalui rancangan Assalamualaikum, Persepsi dan Pentas Dakwah. Majalah Islam pula adalah rancangan yang memaparkan kisah-kisah mengenai masyarakat Muslim, alam persekitaran, lokasi dan isu semasa dari perspektif Islam.

Bagi kaum Hawa, beberapa rancangan telah disediakan seperti Dr. Muhaya Dot Com, Menu Alam, Chef Ammar, Soal Wanita dan Al-Maraaya.

Bagi kanak-kanak pula, rancangan Little Tornandos, Crafty Kids Club , Zon Aulad, Misi Ady, Cloud Bread dan Pada Zaman Dahulu sesuai ditonton oleh mereka.

Reflections adalah sebahagian rancangan TV Alhijrah dalam Bahasa Inggeris. Reflections yang dihoskan oleh Imam Suhaib Webb menterjemahkan ayat-ayat Quran dengan topik yang relevan kepada umat Islam.

Fattabiouni adalah program yang mendedahkan sunnah-sunnah Nabi Muhamamd SAW selaras dengan gaya hidup masyarakat kini dengan cara yang ringkas dan padat. Siri Taman Syurga menampilkan pendakwah terkenal, Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid menyampaikan mutiara ilmu yang dipetik dari Al-Quran dan As-sunnah dengan diiringi bacaan Al-Quran dan qasidah.

Se você procurar canais precisos, por favor visite o site da TV Internet, onde você encontrará uma lista completa de córregos para todos os canais. Se você encontrar dificuldades com a assistir a transmissão em directo, por favor, verifique primeiro o nosso guia detalhado Como assistir. E o mais importante, todas as correntes que você pode encontrar em nosso site são totalmente gratuitos - Ligação à Internet é tudo que você precisa!

TV Alhijrahao vivo não está hospedado em nosso site, é fornecida pela própria emissora de TV. Então, por favor, aguarde para se conectar ao TV Alhijrah transmissão. Canal TV Alhijrah pode estar offline por vezes.